Asalamulaikum.. Saya ingin mencerita tentang seorang insan yang saya sayang..... Nama saya helmi dipanggil emy saya berasal johor dan lahir pun dijohor. Dalam blogger ini emy ingin mencerita tentang seseorang yang paling emy sayang. Seorang gadis yang PALING ISTEMEWA mulanya emy kenal dia dari kolej swasta yang masa itu emy menyambungkan kos diploma emy dekat situ. Tak di jangka yang emy mengenali dia kerana pengenalan kami berdua dari pada senior emy yang sama kos dengan emy.Semua agaknya dah tertulis oleh allah S.W.T. jadi emy menerima dia dengan redha dan emy berharap kekal sampai ke jannah dengan dia. Pemulanya emy masuk kolej swasta ini hendak belajar atas sebab menyambung kos yang emy minat. Mula-mula masuk kolej emy gembira dan seronok sampaikan emy dapat rasa macam uitm walau hanya kolej. kos yang emy amik hanya kos kemahiran sebab dulu masa sekolah kuat main tapi atas berkat atok-atok emy, mak emy dan adik-beradik emy dapat juga amik diploma. Jadi masa di kolej ini ya...